
Sunday, August 15, 2010
Aku ingin..

Friday, March 12, 2010
Amanah itu adalah hutang yang perlu dilangsaikan
Sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara, amanah perlu dijaga dengan baik. Apa sahaja perkara yang berada dalam lingkungan kita, ia merupakan amanah. Saya masih ingat teguran daripada seorang sahabat sewaktu sekolah dahulu, saya ditegur kerana muka yang penuh dengan jerawat (lawak kn?) Membiarkan wajah dalam keadaan yang teruk tanpa ada usaha untuk merawatnya, hanya membiarkan masa menunggu ia pulih kembali. Kata sahabat saya itu, muka kita adalah amanah yang Allah pinjamkan untuk di jaga, begitu juga dengan anggota lain. Tergelak saya mendengar tegurannya, namun itu hakikat yang perlu kita sedar. Jika asyik memandang ringan perkara-perkara yang kecil, apatah lagi perkara yang besar? Mampukah kita menjaga dan melaksanakan amanah itu dengan baik? dan ingatlah bahawa setiap perkara itu dinilai oleh Allah walaupun sebesar zarah..
Sepanjang menjalani prektikel ini, hati saya pernah terusik dengan gurauan rakan yang juga sedang menjalani prektikel.
"Ala.. kita kn prektikel saja, tak payah la susah2 sangat, buat simple2 ja. Lagipun kita tak di bayar gaji"..
Memikirkan kata-kata tersebut, tidakkah mereka terfikir walaupun tidak di bayar gaji untuk mengajar dan melaksanakan tugasan sebagai seorang guru, tetapi mereka diamanahkan untuk belajar memegang amanah sebagai seorang guru dan pendidik? Dan jika dibayar gaji, itu lebih berat kerana ibu bapa membayar yuran dan mengamanahkan kepada pihak sekolah untuk mengajar anak-anak mereka. Pihak sekolah pula mengatur dan menyusun tugas-tugas kepada sang guru. Jika guru masuk lambat ke kelas dengan sengaja, dapat diibaratkan seperti guru itu mencuri masa dan waktu yang telah di bayar oleh ibu bapa pelajar. Begitu juga dengan pekerjaan lain, lambat masuk ke pejabat, menghabiskan masa yang lama di kafe sewaktu masa bekerja ataupun melaksanakan tugasan peribadi sewaktu di pejabat. Halalkah gaji yang diperolehi itu?
Di sini dapat dilihat amanah itu bukan sahaja secara langsung, tetapi juga tidak langsung. Segala apa yang bersangkutan dalam hidup kita merupakan amanah yang perlu di jaga. Malahan ada juga pepatah arab yang mengatakan bahawa amanah itu lebih banyak daripada masa yang ada. Jika ia tidak disusun dan dilaksanakan dengan baik, ia akan menjadi hutang dan bebanan yang berat kepada manusia.
Dalam surah Al-Hasyr, ayat 21, Allah telah berfirman "Sekiranya kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah...."
Ayat ini menceritakan perumpamaan yang menunjukkan sebuah gunung yang kukuh itu pun akan tunduk dan hancur berderai hanya kerana takut kepada Allah. Takut memikul amanah (Al-Quran) yang di dalamnya terkandung perintah, suruhan dan larangan Allah di muka bumi. Jadi, siapa pula kita ini yang hanya manusia biasa? banyak kelalaian dan kealpaan...
Sama-sama renungkan..
Friday, January 15, 2010
YA MUDARRISAH...
Setiap waktu diiringi dengan bacaan doa... Alhamdulillah.. (pelajar tidak akan duduk selagi tidak mendapat arahan guru). Itulah budaya pelajar-pelajar AlMashoor (P)
Minggu ini minggu pertama aku masuk ke sekolah.. Minggu pertama juga aku bergelar sebagai guru, (w/p guru pelatih) aku semakin menyukainya... Sibuk dgn urusan pentadbiran dan pengurusan, tp bila time masuk kelas, hilang tension... Baru aku tahu nilai seorang guru, tingginya.. bukan memuji kerjaya sendiri.. tapi ia suatu profession yg sgt berharga nilainya. Terima kasih GURU-GURUku.. tidak lupa juga kpd PENSYARAH2 yg mengajar aku utk menjadi seorang guru...
TERIMA KASIH tidak terhingga kerana kalian berjaya mendidikku yg serba kekurangan ini...
Wednesday, November 11, 2009
Insya Allah-Maher Zain
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way
Wednesday, September 30, 2009
Kembara Syawal...
Saya: Ok.. set.. kita 3 pakai baju hitam kali ni..
Abg Amir beraya di Sabah tahun ini, lari bajet nak balik sbb anak dah empat org =)
Rindu betul kat sahabat2, dah 4 tahun tak berjumpa.. Semoga Ukwah kita berkekalan.
Tuesday, September 1, 2009
Ayat-Ayat Cinta 48:29

Waktu sekolah dulu, selalu terdengar ayah membaca Ayat Suci ini dalam solatnya sehinggakan aku boleh mengikut sekali walaupun tidak pernah cuba menghafal ayat tersebut. Suara ayah masih terngiang-ngiang. Suatu hari, ketika aku membaca Al-Quran dan terjumpa Ayat-Ayat Cinta Allah ini, aku lantas membuka tafsir. MasyaAllah, Ayat-Ayat Cinta Allah ini betul2 terkesan di hatiku lalu aku terus menghafaznya dengan bersungguh-sungguh, bukan lagi sekadar ikutan. Kini, aku juga menjejaki ayah. Semoga kita semua dapat mengalunkan Kata-Kata Indah ketika berbicara dengan Pemilik Hati, Pemilik Alam ini.
Ayuh sahabat2, berusahalah menghafaz Al-Quran walaupun sedikit.. Semoga ia menjadi pengubat hati, pelindung diri...
MENARIKNYA...
Syabas buat ahli-ahli PMIUSM,
Mantapkan Aqidah,
Tingkatkan Tarbiyah,
Teruskan Dakwah,
Jalinkan Ukhwah,
Semoga sentiasa dirahmati & diredhai Allah...
