Sunday, August 30, 2009

Kata Hati

Kata-kata sukar diucapkan,
Tapi hati ingin sekali meluahkan,
Tidak kira apa jua yang dirasakan dalam hati,
Aku ingin sekali berkongsi dengan teman...
Tetapi sangat sukar,
Memang sukar bagiku yang tidak biasa meluahkan,
Segala penat, gelisah, suka, gembira semuanya disimpan,
Cukuplah sekadar hati sendiri mengatahui bahagiaku, marahku,

Kerana aku tahu...
Dia pasti mengetahui terlebih dahulu dariku,
Kerana itulah Dia mentakdirkan semua itu untukku,
Aku juga redho denganMu, wahai Tuhanku...

Hidup ini perlu sentiasa belajar,
Belajar dari kesalahan dan pengalaman,
Memperbaiki diri ke arah kesempurnaan,
Semoga menjadi insan tabah, sabar dan cekal,
Untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang...
InsyaAllah... kuatkan semangat,
Petunjuk & hidayahMu sentiasa kuharapkan,
Agar jalan yang dijejaki penuh dengan penghayatan Islam.

Thursday, August 27, 2009