Sunday, July 26, 2009

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SRIBU


Hujung minggu yang penuh keriangan. itulah yang dapat diungkapkan apabila bersama adik-adik SRIBU. Memang terasa penat bersama mereka, melayan pelbagai kerenah, memenuhi permintaan dan kehendak mereka, bukannya seorang tetapi 8 orang. Memang agak sukar, apatah lagi bagi aku yang tidak pernah mempunyai adik.


Namun, sangat bererti bagiku dalam membuat persediaan sebelum menempuhi alam sebenar di luar sana nanti. Bagaimana harus mengawal emosi dan bermain dengan psikologi kanak-kanak. Itulah cabaran yang bakal ditempuh dalam masa beberapa bulan lagi =) Cabaran mendidik dan membentuk para pelajar menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.

Shazana, Ain, Ainun, Fatin, Naja, Ezzah dan Aina


Mereka ini masing-masing mempunyai karektor yang berbeza. Ianya menjadi satu cabaran bagiku untuk mengenalpasti sikap seseorang agar setiap arahan dapat dituruti dan dipatuhi.


Dua hari bersama mereka membuktikan kepadaku bahawa memang benar "Melentur Buluh Biarlah dari Rebungnya". Mereka dididik dengan cara hidup Islam. Tidak lepas dari membaca doa dalam setiap perkara serta dapat membezakan antara yang baik dan salah, haram dan halal serta pahala dan dosa.


Pernah semasa kami berjalan-jalan di Botanical Garden, mereka terserempak dengan segolongon pelancong asing (Arab). Aku menyuruh mereka menegur pelancong itu tetapi mereka malu. Tanpa rasa segan, aku mula menegur dan meminta diambil gambar bersama mereka. Apa lagi, seronok la adik-adik tu.. selepas daripada itu, setiap kali berjumpa pelancong arab, mereka akan memberi salam. Pak Arab dan mak Arab itu pun membalas dengan senyuman. Ada juga yang memuji mereka dengan pakain yang bertudung dan menutup aurat.


Dalam keadaan lain pula, iaitu ketika bertemu dengan pelancong asing seperti mat saleh (Faham2lah tentang pakaian mereka..) lalu salah seorang dariapada mereka berkata


"Ustazah, jangan pandang sana, nanti berdosa". Seorang lagi pula menambah, "tak payah la kita ke sana. tak nak tengok mereka. Kita pergi ikut jalan lain saja la Ustazah."


Mendengarkan permintaan mereka, aku pun menurut saja. Apabila berselisih dengan pasangan "couple" pula, mereka berdehem-dehem. Aku hanya sekadar memerhatikan tingkah laku mereka. Dalam hal itu, ada juga yang berbaik sangka dengan mengatakan "Diorang dah kahwin kot?"


Berdasarkan dua cerita ini, dapat dilihat bahawa mereka ini berfikiran positif dalam setiap aspek. Apabila melihat kemungkaran, ada tindakan positif untuk mengelak daripadanya dan menyatakan ketidaksukaan mereka terhadap perkara tersebut manakala jika sesuatu perkara itu mereka rasakan ianya baik, mereka akan melakukannya.




Monday, July 20, 2009

Lirik Lagu Muhasabah Cinta - EdCoustic

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu
Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku
Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu

Sumber Inspirasi

Usaha tangga kejayaan

Usah kau lupakan

Hingga mencapai puncak jaya

Dan titis pengorbanan

Dalam perjuangan

Jadikan satu inspirasi