Tuesday, November 13, 2012

STRES sinonim dengan tekanan

"Tekanan yang dialami oleh seseorang boleh membawa kesan positif atau negatif. kesan positif ialah dapat meningkatkan keyakinan diri, berusaha bersungguh-sungguh dan membina peribadi mantap, berdisiplin dan mempunyai kreativiti yang tinggi."

~Dr. Mohd Sukki Othman, Muslim Cemerlang Mampu Mengawal Tekanan, Utusan Malaysia, Rabu 14.11.2012

Sunday, October 21, 2012

Monday, October 15, 2012

Amanatmu Terusku Gengam...

Hari ni 15 Oktober...
antara tarikh yg paling diingati dalam hidup sejak 15 tahun yg lalu.. 
Al~Fatihah utk arwah abg E, 
Moga Allah merahmatinya, melapangkan kuburnya, meneranginya dgn cahaya amal, dan menempatkannya bersama para solehin... 
Alhamdulillah, hadiah utk arwah tahun ni, adik dah register as PhD student. Adik cuba tunaikan impian abg E skadar yg termampu dengan sokongan dan doa drpd mak/ayah & abg2 yg lain.. insha Allah..\


Adik tak sempat kenal mana dgn arwah ni, waktu arwah pergi adik berumur 10 tahun, dari adik kecik lg arwah dah masuk asrama, ni first time adik tengok gambar arwah yg berbaju merah ni, rupanya tersimpan baik dalam koleksi abang.. 

5 PERKARA BAWA WANITA KE SYURGA

Perkara yang membawa seseorang wanita kepada keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Antaranya: 

1. Hendaklah melaksanakan kewajipan agama.
Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Jika seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.

2. Hendaklah mentaati suami. 
Hal ini disebut dalam banyak hadis, antaranya hadis riwayat at-Tabarani, daripada Abdullah bin Salam bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sebaik-baik wanita adalah wanita yang menyenangkanmu jika kamu melihatnya, mentaatimu jika kau menyuruhnya dan dapat menjaga dirinya dan hartamu ketika engkau tidak bersamanya.

3. Selalu mengingati Allah. 
Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Hendaklah kamu (para wanita) memperbanyak membaca tasbih, tahlil, taqdis dan hitunglah dengan ruas jari-jari kerana sesungguhnya mereka akan ditanya dan akan dijadikannya boleh berbicara. Janganlah kamu lalai sehingga melupakan rahmat Allah.

4. Solat malam. 
Dalam hadis riwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah r.a dan Abu Said r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sesiapa yang bangun tengah malam, kemudian membangunkan isterinya, lalu mereka melakukan solat berjemaah dua rakaat, maka mereka akan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang banyak mengingati Allah.


Senyum
itu sedekah
5. Berbuat baik dan banyak bersedekah. 
Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu sekalian. Sesungguhnya kamu kelak paling banyak menjadi penghuni neraka.  

Demikianlah, wallahualam

sumber: http://www.islamituindah.my/5-perkara-bawa-wanita-ke-syurga

Wanita solehah permata suami | Islam Itu Indah

Wanita harus mampu menggerakkan akalnya dengan berfikiran kritis dan sentiasa menagih penjelasan bagi setiap yang kabur dan belum difahaminya. Akalnya tajam, pemerhatiannya mendalam dan kesimpulannya mengagumkan.

sumber: http://www.islamituindah.my/wanita-solehah-permata-suami

Monday, July 23, 2012

Allah Menyayangimu, Lalu Allah Mendidikmu... SABAR lah...

Salam Ramadhan Kareem..
Malam ini malam ke-4 ramadhan, Alhamdulillah, diberi kesempatan bertarawikh di Masjid Khalid Al-Malik, USM.

Kita sentiasa belajar dalam hidup. Sentiasa ada salah dan silap. Sama ada sedar mahupun tidak. Kadang-kadang kita mudah terasa dengan teguran sahabat, atas kesalahan kita sendiri. walhal niatnya, sabahat itu menyayangi kita dan tidak mahu kita melakukan kesalahan yang sama.

>>> Merenung kembali situasi ini, ada yang lebih sayangkan kita, sentiasa sayangkan kita, tidak pernah meninggalkan kita. Dialah ALLAH, Pencipta kita yang Maha Pencinta, Maha Pengasih, Maha Penyayang. Banyak teguran Allah untuk kita, dengan penuh hikmah, tetapi kita tetap ingkar. Banyak aib [kesalahan] kita yang Allah sembunyikan, tetapi kita yang bongkar. Allahu Rabbi... ampunkan kami Ya Allah...

Thursday, April 19, 2012

Wednesday, April 18, 2012

Saturday, February 11, 2012

Sifat-sifat ISTERI SOLEHAH

Pertama : Segera menyahut dan hadir apabila dipanggil oleh suami jika diajak untuk berhubungan.

Kerana sifat ini sangat ditekankan oleh Nabi s.a.w.

Nabi memerintahkan seorang isteri untuk segera memenuhi hasrat seorang suami dalam keadaan bagaimana pun. Bahkan baginda bersabda: “Jika seorang lelaki mengajak isterinya ke tempat tidur, lalu isteri itu menolak. Kemudian, suami itu bermalam dalam keadaan marah, maka isterinya itu dilaknat oleh para malaikat hingga waktu pagi.”

---------

Kedua : Tidak membantah perintah suami selagi tidak bertentangan dengan syariat. Allah berfirman :

فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ

Maka wanita yang soleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). (An-Nisa' : 34)

Qotadah r.a berkata فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ "Iaitu wanita-wanita yang taat kepada Allah dan kepada suami-suami mereka" (Ad-Dur al-Mantsuur 4/386)

Terkadang pendapat suami bertentangan dengan pendapat isteri, kerana pendapat isteri lebih baik. Seorang isteri yang solehah hendaknya ia menyampaikan pendapatnya tersebut kepada suami akan tetapi ia harus ingat bahwasanya segala keputusan berada di tangan suami, apa pun keputusannya selama tidak bertentangan dengan syari'at.

---------

Ketiga : Selalu tidak bermasam muka terhadap suami.

Keempat : Sentiasa berusaha memilih perkataan yang terbaik tatkala berbicara dengan suami.

Sifat ini sangat diperlukan dalam keutuhan rumah tangga, betapa terkadang perkataan yang lemah lembut lebih berharga di sisi suami dari banyak pelayanan. Dan sebaliknya betapa sering satu perkataan kasar yang keluar dari mulut isteri membuat suami marah dan melupakan kebaikan-kebaikan isteri.

Yang jadi masalah terkadang seorang isteri tatkala berbicara dengan sahabat-sahabat wanitanya maka ia berusaha memilih kata-kata yang lembut, dan berusaha menjaga perasaan sahabat-sahabatnya tersebut namun tidak demikian jika dengan suaminya.

---------

Kelima : Tidak memerintahkan suami untuk mengerjakan pekerjaan-pekerjaan wanita, seperti memasak, mencuci, memandikan dan mencebok anak-anak.

Keenam : Keluar rumah hanya dengan izin suami.

Ketujuh : Berhias hanya untuk suami.

Tidak sebagaimana sebahagian wanita yang hanya berhias tatkala mahu keluar rumah sebagai hidangan santapan mata-mata nakal para lelaki.

---------

Kelapan : Tidak membenarkan orang yang tidak diizinkan suami masuk/bertamu ke dalam rumah.

Kesembilan : Menjaga waktu makan dan waktu istirehatnya kerana perut yang lapar akan membuatkan darah cepat naik. Tidur yang tidak cukup akan menimbulkan keletihan.

Kesepuluh : Menghormati mertua serta kerabat keluarga suami.

Terutama ibu mertua, yang suami sangat ditekankan oleh Allah untuk berbakti kepadanya. Seorang isteri yang baik harus mengalah kepada ibu mertuanya, dan berusaha mengambil hati ibu mertuanya. Bukan malah menjadikan ibu mertuanya sebagai musuh, meskipun ibu mertuanya sering melakukan kesalahan kepadanya atau menyakiti hatinya. Paling tidak ibu mertua adalah orang yang sudah berusia lanjut dan juga ia adalah ibu suaminya.

---------

Kesebelas : Berusaha menenangkan hati suami jika suami gelisah, malah bukan banyak menuntut kepada suami sehingga menambah beban suami

Kedua belas : Segera minta maaf jika melakukan kesalahan kepada suami, dan tidak menunda-nundanya.

Nabi s.a.w bersabda :

" أَلاَ أُخْبِرُكُمْ ....بِنِسَائِكُمْ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ؟ الْوَدُوْدُ الْوَلُوْدُ الْعَؤُوْدُ عَلَى زَوْجِهَا الَّتِي إِذَا غَضِبَ جَاءَتْ حَتَّى تَضَعَ يَدَهَا فِي يَدِ زَوْجِهَا، وَتَقُوْلُ : لاَ أَذُوْقُ غُمْضًا حَتَّى تَرْضَى"

"Mahukah aku kabarkan kepada kalian….tentang wanita-wanita kalian penduduk surga? Iaitu wanita yang penyayang (kepada suaminya), yang subur, yang selalu memberikan manfaat kepada suaminya, yang jika suaminya marah maka ia pun mendatangi suaminya lantas meletakkan tangannya di tangan suaminya seraya berkata, "Aku tidak boleh tenteram tidur hingga engkau redha kepadaku" (Dishahihkan oleh Al-Albani dalam As-Sahihah no 287)

Kerana sebahagian wanita memiliki sifat angkuh, bahkan malah sebaliknya menunggu suami yang minta maaf kepadanya.

---------

Ketiga belas : Mencium tangan suami tatkala suami hendak bekerja atau pulang dari pekerjaan.

Keempat belas : Mahu diajak oleh suami untuk solat malam, bahkan bila perlu mengajak suami untuk solat malam.

Rasulullah s.a.w bersabda:

رَحِمَ اللهُ رَجُلاً قَامَ مِنَ الّليْلِ فَصَلَّى وَأَيْقَظَ امْرَأَتَهُ فَصَلَّتْ, فَإِنْ أَبَتْ نَضَحَ فِي وَجْهِهَا الْمَاءَ. وَ رَحِمَ اللهُ امْرَأَةً قَامَتْ مِنَ الّليْلِ فَصَلَّتْ وَأَيْقَظَتْ زَوْجَهَا فَصَلَّى, فَإِنْ أَبَى نَضَحَت فِي وَجْهِهِ الْمَاءَ

“Semoga Allah merahmati seorang lelaki (suami) yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan ia membangunkan isterinya hingga isterinya pun solat. Bila isterinya enggan, ia percikkan air ke wajahnya. Dan semoga Allah merahmati seorang wanita (isteri) yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan ia membangunkan suaminya hingga suaminya pun solat. Bila suaminya enggan, ia percikkan air ke wajahnya.” (H.R. Abu Daud no 1308)

Nabi s.a.w juga bersabda:

إِذَا أَيْقَظَ الرَّجُلُ أَهْلَهُ مِنَ اللّيْلِ فَصَلَّيَا أَوْ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ جَمِيْعًا، كُتِبَا في الذَّاكِرِيْنَ وَالذَّاكِرَاتِ

“Apabila seorang lelaki (suami) membangunkan isterinya di waktu malam hingga keduanya mengerjakan solat atau solat dua rakaat semuanya, maka keduanya dicatat termasuk golongan laki-laki dan perempuan yang berzikir.” (H.R. Abu Daud no 1309)

Dalam riwayat yang dikeluarkan An-Nasa`i disebutkan dengan lafadz:

إِذَا اسْتَيْقَظَ الرَّجُلُ مِنَ اللّيْلِ وَأَيْقَظَ امْرَأَتَهُ فَصَلَّيَا رَكْعَتَيْنِ, كُتِبَا مِنَ الذَّاكِرِيْنَ اللهَ كَثِيْرًا وَالذَّاكِرَاتِ

“Apabila seorang lelaki (suami) bangun di waktu malam dan ia membangunkan isterinya lalu keduanya mengerjakan solat dua rakaat, maka keduanya dicatat termasuk golongan laki-laki dan perempuan yang banyak mengingat/berdzikir kepada Allah.”

---------

Kelima belas : Tidak menyebarkan rahsia keluarga terlebih lagi rahasia ranjang. Bahkan berusaha menutup aib-aib suami, serta memuji suami agar menambahkan rasa sayang dan cintanya.

Keenam belas : Tidak membentak atau mengeraskan suara di hadapan suami.

Ketujuh belas : Berusaha untuk bersifat qana'ah (menerima apa yang ada dan redha) sehingga tidak banyak menuntut harta kepada suami.

Kelapan belas : Tidak menunjukkan kesedihan tatkala suami sedang bergembira, dan sebaliknya tidak bergembira tatkala suami sedang bersedih, akan tetapi berusaha pandai mengikut suasana hatinya.

Kesembilan belas : Berusaha untuk memperhatikan kesukaan suami dan jangan sampai suami melihat sesuatu yang buruk dari dirinya atau mencium sesuatu yang tidak enak dari tubuhnya.

Kedua puluh : Berusaha mengatur wang suami dengan sebaik-baiknya dan tidak boros, sehingga tidak membeli barang-barang yang tidak diperlukan.

Kedua puluh satu : Tidak menceritakan kecantikan dan sifat-sifat wanita yang lain kepada suaminya yang mengakibatkan suaminya boleh mengkhayalkan wanita tersebut, bahkan membanding-bandingkannya dengan wanita lain tersebut.

Kedua puluh dua : Berusaha menasihati suami dengan baik tatkala suami terjerumus dalam kemaksiatan, bukan malah ikut-ikutan suami bermaksiat kepada Allah, terutama di masa sekarang ini yang terlalu banyak kegemerlapan dunia yang melanggar syari'at Allah.

Kedua puluh tiga : Menjaga pandangannya sehingga berusaha tidak melihat kecuali ketampanan suaminya, sehingga jadilah suaminya yang paling tampan di hatinya dan kecintaannya tertumpu pada suaminya.

Tidak sebagaimana sebahagian wanita yang suka membanding-bandingkan suaminya dengan para lelaki lain.

---------

Kedua puluh empat : Lebih suka menetap di rumah, dan tidak suka sering keluar rumah.

Kedua puluh lima : Jika suami melakukan kesalahan maka tidak melupakan kebaikan-kebaikan suami selama ini. Bahkan sekali-kali tidak mengeluarkan perkataan yang mengisyaratkan akan hal ini. Kerana sebab terbesar yang menyebabkan para wanita dipanggang di api neraka adalah tatkala suami berbuat kesalahan mereka melupakan dan mengingkari kebaikan-kebaikan suami mereka.