Monday, July 8, 2013

Jodohku Sememangnya UrusanMu

Alhamdulillah, Jodohku Sememangnya UrusanMu Ya Allah..

Setelah sekian lama berdoa dan menanti, diizinkannya berjodoh dengan suami tercinta. Perkenalan yang sangat ringkas dan cepat... Alhamdulillah, sekarang sudah tiga bulan melayari bahtera rumah tangga, bersuamikan seorang pemuda yang tidak pernah dikenali. Syukur ya Allah.. baik dari agama mahupun akhlaknya.

12-12-12: Dipertemukan buat kali pertama oleh pensyarah kami sempena Program Anak Negeri Perak

25-12-12: Majlis Pertunangan kami diadakan secara sederhana, dihadiri oleh keluarga, pensyarah dan kenalan terdekat sahaja...

29-03-13: Majlis Akad Nikah bermula 5.30 ptg di Masjid Pulau Maharaja

30-03-13: Majlis Walimah kami.. "Ya Allah, himpunkanlah kami dalam kebaikan, kurniakanlah keberkatanMu kepada kami dan rahmatilah hubungan kami, limpahkan kami kasih sayang-Mu dan kasih sayang orang-orang yang mengasihiMu terhadap kami. Jadikanlah kami antara hamba2Mu yang terpilih dalam mendaulat dan menyokong syariatMu ya Allah. Bahagiakanlah keluarga kami hingga ke syurgaMu" Amiin..
 Bergambar kenangan bersama kedua2 mak dan ayah serta adik beradik (my New Geng; 9 adik ipar.. hehee..)

 Bersama Ayah Nor dan Mak Sal

 Bersama Mak Wa (Ayah Mad bz la time ni.. huhu..)

Bersama Dr. Wan sekeluarga (ini lah orang aka keluarga tengah yang menyatukan kami)

Kawan2 sekelas di Maktab Mahmud Alor Setar (5 Sc. 3/ 2004)

Bersama Abg. Zamadi, Kak Miza dan anak2 
 
Bersama kak Ija (kakak PhD yg banyak membantu)
 
 Bersama Kak Tun dan Abg Sham sekeluarga (Classmate Master 2010)

Bersama Cik Tah dan P.Cik (Sweet couple kan??)

 Bersama Kak Rafiza dan suami (Classmate Master/2010)

Bersama Ust. Shahanas, kak Ros dan anak2..

TERIMA KASIH SEMUA.. 
Sudi hadir dan memeriahkan majlis kami.. pict. ni semua pilih random ja.. kalau ada yang tak termasuk tu jangan berkecil hati ya.. Nanti tak larat nk scroll pulak kan? hehee..

Tuesday, May 7, 2013


” Jangan kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjat-darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman,”

(Surah Al-Imran ayat 139)

Tuesday, November 13, 2012

STRES sinonim dengan tekanan

"Tekanan yang dialami oleh seseorang boleh membawa kesan positif atau negatif. kesan positif ialah dapat meningkatkan keyakinan diri, berusaha bersungguh-sungguh dan membina peribadi mantap, berdisiplin dan mempunyai kreativiti yang tinggi."

~Dr. Mohd Sukki Othman, Muslim Cemerlang Mampu Mengawal Tekanan, Utusan Malaysia, Rabu 14.11.2012

Sunday, October 21, 2012

Monday, October 15, 2012

Amanatmu Terusku Gengam...

Hari ni 15 Oktober...
antara tarikh yg paling diingati dalam hidup sejak 15 tahun yg lalu.. 
Al~Fatihah utk arwah abg E, 
Moga Allah merahmatinya, melapangkan kuburnya, meneranginya dgn cahaya amal, dan menempatkannya bersama para solehin... 
Alhamdulillah, hadiah utk arwah tahun ni, adik dah register as PhD student. Adik cuba tunaikan impian abg E skadar yg termampu dengan sokongan dan doa drpd mak/ayah & abg2 yg lain.. insha Allah..\


Adik tak sempat kenal mana dgn arwah ni, waktu arwah pergi adik berumur 10 tahun, dari adik kecik lg arwah dah masuk asrama, ni first time adik tengok gambar arwah yg berbaju merah ni, rupanya tersimpan baik dalam koleksi abang.. 

5 PERKARA BAWA WANITA KE SYURGA

Perkara yang membawa seseorang wanita kepada keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Antaranya: 

1. Hendaklah melaksanakan kewajipan agama.
Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Jika seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.

2. Hendaklah mentaati suami. 
Hal ini disebut dalam banyak hadis, antaranya hadis riwayat at-Tabarani, daripada Abdullah bin Salam bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sebaik-baik wanita adalah wanita yang menyenangkanmu jika kamu melihatnya, mentaatimu jika kau menyuruhnya dan dapat menjaga dirinya dan hartamu ketika engkau tidak bersamanya.

3. Selalu mengingati Allah. 
Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Hendaklah kamu (para wanita) memperbanyak membaca tasbih, tahlil, taqdis dan hitunglah dengan ruas jari-jari kerana sesungguhnya mereka akan ditanya dan akan dijadikannya boleh berbicara. Janganlah kamu lalai sehingga melupakan rahmat Allah.

4. Solat malam. 
Dalam hadis riwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah r.a dan Abu Said r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sesiapa yang bangun tengah malam, kemudian membangunkan isterinya, lalu mereka melakukan solat berjemaah dua rakaat, maka mereka akan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang banyak mengingati Allah.


Senyum
itu sedekah
5. Berbuat baik dan banyak bersedekah. 
Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu sekalian. Sesungguhnya kamu kelak paling banyak menjadi penghuni neraka.  

Demikianlah, wallahualam

sumber: http://www.islamituindah.my/5-perkara-bawa-wanita-ke-syurga

Wanita solehah permata suami | Islam Itu Indah

Wanita harus mampu menggerakkan akalnya dengan berfikiran kritis dan sentiasa menagih penjelasan bagi setiap yang kabur dan belum difahaminya. Akalnya tajam, pemerhatiannya mendalam dan kesimpulannya mengagumkan.

sumber: http://www.islamituindah.my/wanita-solehah-permata-suami

Monday, July 23, 2012

Allah Menyayangimu, Lalu Allah Mendidikmu... SABAR lah...

Salam Ramadhan Kareem..
Malam ini malam ke-4 ramadhan, Alhamdulillah, diberi kesempatan bertarawikh di Masjid Khalid Al-Malik, USM.

Kita sentiasa belajar dalam hidup. Sentiasa ada salah dan silap. Sama ada sedar mahupun tidak. Kadang-kadang kita mudah terasa dengan teguran sahabat, atas kesalahan kita sendiri. walhal niatnya, sabahat itu menyayangi kita dan tidak mahu kita melakukan kesalahan yang sama.

>>> Merenung kembali situasi ini, ada yang lebih sayangkan kita, sentiasa sayangkan kita, tidak pernah meninggalkan kita. Dialah ALLAH, Pencipta kita yang Maha Pencinta, Maha Pengasih, Maha Penyayang. Banyak teguran Allah untuk kita, dengan penuh hikmah, tetapi kita tetap ingkar. Banyak aib [kesalahan] kita yang Allah sembunyikan, tetapi kita yang bongkar. Allahu Rabbi... ampunkan kami Ya Allah...

Thursday, April 19, 2012

Wednesday, April 18, 2012

Saturday, February 11, 2012

Sifat-sifat ISTERI SOLEHAH

Pertama : Segera menyahut dan hadir apabila dipanggil oleh suami jika diajak untuk berhubungan.

Kerana sifat ini sangat ditekankan oleh Nabi s.a.w.

Nabi memerintahkan seorang isteri untuk segera memenuhi hasrat seorang suami dalam keadaan bagaimana pun. Bahkan baginda bersabda: “Jika seorang lelaki mengajak isterinya ke tempat tidur, lalu isteri itu menolak. Kemudian, suami itu bermalam dalam keadaan marah, maka isterinya itu dilaknat oleh para malaikat hingga waktu pagi.”

---------

Kedua : Tidak membantah perintah suami selagi tidak bertentangan dengan syariat. Allah berfirman :

فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ

Maka wanita yang soleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). (An-Nisa' : 34)

Qotadah r.a berkata فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ "Iaitu wanita-wanita yang taat kepada Allah dan kepada suami-suami mereka" (Ad-Dur al-Mantsuur 4/386)

Terkadang pendapat suami bertentangan dengan pendapat isteri, kerana pendapat isteri lebih baik. Seorang isteri yang solehah hendaknya ia menyampaikan pendapatnya tersebut kepada suami akan tetapi ia harus ingat bahwasanya segala keputusan berada di tangan suami, apa pun keputusannya selama tidak bertentangan dengan syari'at.

---------

Ketiga : Selalu tidak bermasam muka terhadap suami.

Keempat : Sentiasa berusaha memilih perkataan yang terbaik tatkala berbicara dengan suami.

Sifat ini sangat diperlukan dalam keutuhan rumah tangga, betapa terkadang perkataan yang lemah lembut lebih berharga di sisi suami dari banyak pelayanan. Dan sebaliknya betapa sering satu perkataan kasar yang keluar dari mulut isteri membuat suami marah dan melupakan kebaikan-kebaikan isteri.

Yang jadi masalah terkadang seorang isteri tatkala berbicara dengan sahabat-sahabat wanitanya maka ia berusaha memilih kata-kata yang lembut, dan berusaha menjaga perasaan sahabat-sahabatnya tersebut namun tidak demikian jika dengan suaminya.

---------

Kelima : Tidak memerintahkan suami untuk mengerjakan pekerjaan-pekerjaan wanita, seperti memasak, mencuci, memandikan dan mencebok anak-anak.

Keenam : Keluar rumah hanya dengan izin suami.

Ketujuh : Berhias hanya untuk suami.

Tidak sebagaimana sebahagian wanita yang hanya berhias tatkala mahu keluar rumah sebagai hidangan santapan mata-mata nakal para lelaki.

---------

Kelapan : Tidak membenarkan orang yang tidak diizinkan suami masuk/bertamu ke dalam rumah.

Kesembilan : Menjaga waktu makan dan waktu istirehatnya kerana perut yang lapar akan membuatkan darah cepat naik. Tidur yang tidak cukup akan menimbulkan keletihan.

Kesepuluh : Menghormati mertua serta kerabat keluarga suami.

Terutama ibu mertua, yang suami sangat ditekankan oleh Allah untuk berbakti kepadanya. Seorang isteri yang baik harus mengalah kepada ibu mertuanya, dan berusaha mengambil hati ibu mertuanya. Bukan malah menjadikan ibu mertuanya sebagai musuh, meskipun ibu mertuanya sering melakukan kesalahan kepadanya atau menyakiti hatinya. Paling tidak ibu mertua adalah orang yang sudah berusia lanjut dan juga ia adalah ibu suaminya.

---------

Kesebelas : Berusaha menenangkan hati suami jika suami gelisah, malah bukan banyak menuntut kepada suami sehingga menambah beban suami

Kedua belas : Segera minta maaf jika melakukan kesalahan kepada suami, dan tidak menunda-nundanya.

Nabi s.a.w bersabda :

" أَلاَ أُخْبِرُكُمْ ....بِنِسَائِكُمْ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ؟ الْوَدُوْدُ الْوَلُوْدُ الْعَؤُوْدُ عَلَى زَوْجِهَا الَّتِي إِذَا غَضِبَ جَاءَتْ حَتَّى تَضَعَ يَدَهَا فِي يَدِ زَوْجِهَا، وَتَقُوْلُ : لاَ أَذُوْقُ غُمْضًا حَتَّى تَرْضَى"

"Mahukah aku kabarkan kepada kalian….tentang wanita-wanita kalian penduduk surga? Iaitu wanita yang penyayang (kepada suaminya), yang subur, yang selalu memberikan manfaat kepada suaminya, yang jika suaminya marah maka ia pun mendatangi suaminya lantas meletakkan tangannya di tangan suaminya seraya berkata, "Aku tidak boleh tenteram tidur hingga engkau redha kepadaku" (Dishahihkan oleh Al-Albani dalam As-Sahihah no 287)

Kerana sebahagian wanita memiliki sifat angkuh, bahkan malah sebaliknya menunggu suami yang minta maaf kepadanya.

---------

Ketiga belas : Mencium tangan suami tatkala suami hendak bekerja atau pulang dari pekerjaan.

Keempat belas : Mahu diajak oleh suami untuk solat malam, bahkan bila perlu mengajak suami untuk solat malam.

Rasulullah s.a.w bersabda:

رَحِمَ اللهُ رَجُلاً قَامَ مِنَ الّليْلِ فَصَلَّى وَأَيْقَظَ امْرَأَتَهُ فَصَلَّتْ, فَإِنْ أَبَتْ نَضَحَ فِي وَجْهِهَا الْمَاءَ. وَ رَحِمَ اللهُ امْرَأَةً قَامَتْ مِنَ الّليْلِ فَصَلَّتْ وَأَيْقَظَتْ زَوْجَهَا فَصَلَّى, فَإِنْ أَبَى نَضَحَت فِي وَجْهِهِ الْمَاءَ

“Semoga Allah merahmati seorang lelaki (suami) yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan ia membangunkan isterinya hingga isterinya pun solat. Bila isterinya enggan, ia percikkan air ke wajahnya. Dan semoga Allah merahmati seorang wanita (isteri) yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan ia membangunkan suaminya hingga suaminya pun solat. Bila suaminya enggan, ia percikkan air ke wajahnya.” (H.R. Abu Daud no 1308)

Nabi s.a.w juga bersabda:

إِذَا أَيْقَظَ الرَّجُلُ أَهْلَهُ مِنَ اللّيْلِ فَصَلَّيَا أَوْ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ جَمِيْعًا، كُتِبَا في الذَّاكِرِيْنَ وَالذَّاكِرَاتِ

“Apabila seorang lelaki (suami) membangunkan isterinya di waktu malam hingga keduanya mengerjakan solat atau solat dua rakaat semuanya, maka keduanya dicatat termasuk golongan laki-laki dan perempuan yang berzikir.” (H.R. Abu Daud no 1309)

Dalam riwayat yang dikeluarkan An-Nasa`i disebutkan dengan lafadz:

إِذَا اسْتَيْقَظَ الرَّجُلُ مِنَ اللّيْلِ وَأَيْقَظَ امْرَأَتَهُ فَصَلَّيَا رَكْعَتَيْنِ, كُتِبَا مِنَ الذَّاكِرِيْنَ اللهَ كَثِيْرًا وَالذَّاكِرَاتِ

“Apabila seorang lelaki (suami) bangun di waktu malam dan ia membangunkan isterinya lalu keduanya mengerjakan solat dua rakaat, maka keduanya dicatat termasuk golongan laki-laki dan perempuan yang banyak mengingat/berdzikir kepada Allah.”

---------

Kelima belas : Tidak menyebarkan rahsia keluarga terlebih lagi rahasia ranjang. Bahkan berusaha menutup aib-aib suami, serta memuji suami agar menambahkan rasa sayang dan cintanya.

Keenam belas : Tidak membentak atau mengeraskan suara di hadapan suami.

Ketujuh belas : Berusaha untuk bersifat qana'ah (menerima apa yang ada dan redha) sehingga tidak banyak menuntut harta kepada suami.

Kelapan belas : Tidak menunjukkan kesedihan tatkala suami sedang bergembira, dan sebaliknya tidak bergembira tatkala suami sedang bersedih, akan tetapi berusaha pandai mengikut suasana hatinya.

Kesembilan belas : Berusaha untuk memperhatikan kesukaan suami dan jangan sampai suami melihat sesuatu yang buruk dari dirinya atau mencium sesuatu yang tidak enak dari tubuhnya.

Kedua puluh : Berusaha mengatur wang suami dengan sebaik-baiknya dan tidak boros, sehingga tidak membeli barang-barang yang tidak diperlukan.

Kedua puluh satu : Tidak menceritakan kecantikan dan sifat-sifat wanita yang lain kepada suaminya yang mengakibatkan suaminya boleh mengkhayalkan wanita tersebut, bahkan membanding-bandingkannya dengan wanita lain tersebut.

Kedua puluh dua : Berusaha menasihati suami dengan baik tatkala suami terjerumus dalam kemaksiatan, bukan malah ikut-ikutan suami bermaksiat kepada Allah, terutama di masa sekarang ini yang terlalu banyak kegemerlapan dunia yang melanggar syari'at Allah.

Kedua puluh tiga : Menjaga pandangannya sehingga berusaha tidak melihat kecuali ketampanan suaminya, sehingga jadilah suaminya yang paling tampan di hatinya dan kecintaannya tertumpu pada suaminya.

Tidak sebagaimana sebahagian wanita yang suka membanding-bandingkan suaminya dengan para lelaki lain.

---------

Kedua puluh empat : Lebih suka menetap di rumah, dan tidak suka sering keluar rumah.

Kedua puluh lima : Jika suami melakukan kesalahan maka tidak melupakan kebaikan-kebaikan suami selama ini. Bahkan sekali-kali tidak mengeluarkan perkataan yang mengisyaratkan akan hal ini. Kerana sebab terbesar yang menyebabkan para wanita dipanggang di api neraka adalah tatkala suami berbuat kesalahan mereka melupakan dan mengingkari kebaikan-kebaikan suami mereka.

Wednesday, July 13, 2011

Dari Lagu ke Hati; Saat Lafaz Sakinah

Album : Halawatul Iman II
Munsyid : Far East
Klip Video: https://www.facebook.com/video/video.php?v=2029184377775

Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Fadzli Far East
http://liriknasyid.com

Aku baru saja dengar lagu ni 2 bulan lepas.. pertama kali dengar, WoW!.. terus menusuk ke jantung.. Ya Allah.. rasa mcm nk menitis air mata dengar.. sebak pn ada.. terutama bagi lirik ni.. tersentap seketika...

_____________________________
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
_____________________________

memang teringatkan ayah saja waktu ni.. "Dulu esakkannya sandar dibahuku".. uh3.. bila kali terakhir menangis kat bahu ayah pun x tau.. rasanya waktu saya masih 'baby' dulu la.. :) sbb bila dah besar.. mmg x berani dgn ayah.. ayah bukannya garang sgt pun.. tp terikut2 dgn perangai abg2 kot.. :D --HORMAT--

~peralihan amanah daripada seorang bapa kepada seorang syabab.. waktu tu tetiba ja terfikir "ringanlah beban si ayah apabila anaknya berkahwin, dan bertambah beratlah beban seorang syabab apb dia berkahwin"
~duhai wanita.. fikir2kanlah.. sama2 kita berazam dan berusaha meringankan beban saudara-saudara lelaki yg lain (ayah, suami, abg/adik, anak) kerana kita mampu menarik mereka ke jurang api neraka kerana kejahilan kita dalam beragama.. diriku ini bukannya baik pun.. so, aku kena jadi baik.. AYUH!!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Chorus kedua juga kuamati dengan penuh makna.. "Jadikanlah dia wanita syurga"
Sekali lagi aku terkedu.. [seronok] mendengar perkataan syurga kerana ia juga mewakili namaku.. Jannah! Nor Jannah! Siti Nor Jannah! Siti Nor Jannah Ahmad!

___________________________
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya
___________________________

Namun.. memikirkan kembali.. siapa yang akan menjadikan diriku sebagai wanita syurga??? siapa??? [ops.. bukan dituju kepada Mr.Right] tetapi mengenangkan kembali jasa ayah, abg2 dan juga mak.. merekalah insan2 pertama dan utama yang berusaha menjadikan aku sebagai wanita syurga.. TERIMA KASIH mak, ayah.. nama yang kalian berikan kepada diriku sungguh bermakna buat puteri tunggal ini.. ya.. w/p namaku bermula dgn SITI.. tetapi emak ayah dan abg2 memanggilku dengan panggilan NOR JANNAH.. Aku sungguh bahagia...

~Dari itu, aku harus terus menerus menanamkan cita-cita menjadi solehah.. kerana aku tahu diriku siapa.. Ya Allah.. ampunkan hambaMu ini..
~Bukan senang menjadi solehah.. sudah tentu akan di uji dgn bermcm2 ujian.. Ya Allah.. bantulah kami hamba-hambaMu.. Jadi, aku mesti peka.. mesti tahu.. mesti belajar.. belajar utk "Mengerti benar akan maharnya, ...."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dan... yang terakhir adalah lirik ini..

______________________
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu
______________________

~Ramai orang bercintan-cintun bagai nk rak sblm akad.. ingin mencari bahagia kata mereka.. :)
Aku akan tersenyum.. ya.. x salah pn nk bercinta.. cinta itu fitrah.. ttp sayang, ramai antara mereka menyulam noda dalam bercinta.. w/p telah diredhai ibu bapa.. namun ingat2lah.. belum tentu kita akan memperoleh redha Allah jika maksiat disertai bersama.. nau'zubillah..

Monday, June 13, 2011

Di Mana Kita Tanpa Ilmu

SITUASI 1: Posting-posting kawen d FB

My senior: dah nk kawen ke snj? Asyik letak posting pasal kawen ja?

Snj: TAK la..

My senior: then knpa?

Snj: saja.. kesian dgn diri sendiri dan juga semua di luar sana. Kawen NAK, tp masing2 kurang ilmu.. kemudian keluarlah berbagai2 cerita versi kau dan aku.. utk tontonan umum pulak tu..


~manfaatkan FB sebaiknya.. jika itu medan terdekat dan paling senang utk menyampaikan ilmu dan ajaran islam.. bukan sekadar nk bahas ‘secret recipe’, maharaja lawak, klip video best mahupun cerita2 kau dan aku..


SITUASI 2: ilmu perkahwinan sebelum akad

Me: muka isteri awak mcm makcik awak la…

My friend: [senyum]

His wife: ye ka?? Betul ka abg?

Me: betul.. [saya mengakui bersungguh2]

My friend: I tak kata.. U yg kata..

Me: [berfikir sejenak] owh OK!.. [understand] … yeah.. I yg kata, U tak kata

His wife: xpa la sama pn.. penyejuk hati suami.. ada jugak pengganti

My friend: [menggeleng2kan kepala and said to me] carilah suami yang berilmu.. ilmu agama

Me: inshaallah..

His wife: [bingung kerana perbualan berubah topik]

Me: itulah ZIHAR, haram bagi suami menyamakan isteri dengan saudara mahramnya..

His wife: [menggangguk diam..]


~Carilah ilmu dengan sebanyak.. tidak mengapa jika si isteri kurang celik kerana tanggungjawab suami mendidiknya, manakala isteri pula wajib taat kepada suaminya… TETAPI bagaimana pula jika si suami BUTA AGAMA,.. rosaklah rumahtangga..



SITUASI 3: ganjaran di SYURGA

My friend: hidup kita yg dulu sgt2 susah.. hopefully Allah gantikan kesusahan kita dengan kebahagiaan selepas ini..

Me: saya takut klu minta doa sebegitu akak.. bukan mahu menolak kebahagiaan, tapi takut TIADA lagi GANJARAN yg Allah akan simpan di akhirat kelak, kerana semua kesedihan tersebut telah dibayar di dunia..

My friend: ya ka mcm tu?

Me: tak tahu lah, tapi biar kesedihan itu berupa ganjaran pahala atas kesabaran kita


~sabarlah selagi mampu.. minta kebahagiaan yg lain daripadaNYA.. tetapi bukan gentian atas kesabaran yang lalu.. [mmg ada kisah 3 sahabat yang meminta dibukakan pintu gua sebagai gentian atas kebajikan yg mereka lakukan sebelumnya, dan Allah memakbulkan permintaan mereka lalu diangkat batu yang menutupi pintu gua tersebut sedikit demi sedikit] namun, takut2 jika selalu diminta, segala amal kebajikan tersebut habis dibayar di dunia, dan hanya berbaki sedikit di akhirat kelak.. apakah mungkin nnt dosa lebih memberati timbangan berbanding pahala??? Tidak mustahil..nau’zubillah..

Thursday, May 12, 2011

Nilaian dalam Setiap Tindakan

--Carilah kebaikkan dalam setiap tindakan--
---pasti engkau akan temui hikmahnya yg tersendiri---

Ilmu wajib di tuntut,
Pengalaman harus dicari,
Kemahiran harus dibina
begitulah hidup,
dlm setiap tindakan harus ada pengajaran yg dikutip,
macam main bowling ni...
bagi sstgah org, mgkin ianya membuang duit dan masa..

bagiku, carilah mutiara jika kita berada di dasar laut, dan
carilah emas jika kita didaratan,
semuanya terpulang pada diri kita,
bagaimana kita mentafsirkan kehidupan,
jika apa yg dipandang itu positif, maka kita akan sentiasa bersyukur,
jika apa yg dipandang itu negatif, buruklah natijahnya,
maka segeralah kembalilah padaNya..
mohon keampunan dan jalan keluar dari setiap kesusahan dan kepayahan...

Aku tidak pernah menjejakkan kaki ke sana sehinggalah pada suatu masa... aku mengikuti program Sukan Rakan Masjid Pusat Islam USM.. 1st time, mmg rasa pelik.. boleh ka main bowling??? ustaz ustazah pulak ni?... biar betul.. begitulah persoalan2 jumud yg lahir difikiranku.. tetiba teringat kembali kata2 seorang ustaz, salah ka tengok tv/wayang? x salah.. tp apa yg salahnya??? suasana gelap dan pasangan2 couple berdua2an yg menjadikannya ia salah.. salahnya juga terletak pada pelakon2 yg berlakon tanpa menjaga batas agama.. tidak menutup aurat dan sebagainya... owh.. so, bila tengok adab dan cara ustaz ustazah ni main bowling.. hmm... ya.. salah dan betul sesuatu perkara itu terletak pada diri kita sendiri, kita yg memilihnya dan kita yg harus menjaganya.. buat pertama kalinya aku main bowling dgn sahabat2 tersayang (Aminah suhaimin danRaja Salwana)

kali kedua aku main bowling pada tahun lepas.. semasa semester akhir 1st degree dgn kwn2 Multimedia Interaktif. Meraikan diri sendiri dan kawan2 yg bakal berpisah... skill?? tak bertambah sikit pun, tetap puteri longkang.. (^_^)tp kenagan ini akan terus di hati.. mengingati kalian ketika kita sama2 menuntut ilmu, mengadakan program2 kelab dan sebagainya.. semoga ukhwah dan persahabatan kita akan sentiasa mekar...

kawan2 semua rajin2 blaka, hari2 diorang g sekolah.. saya ja x mau p sekolah


selepas tamat praktikel, biasalah... tanam anggur kat rumah... sama jugak la dgn kazen2.. dik anis d UTM semarak, dik manja di UiTM perlis, dik pidah di UiTM kuala pilah... waktu ni mmg kami sngt2 boring kat kg., x sangka diorang ni berpakat nk g main. ajak aku sekali, yg bestnya depa lgsung x bgtau kata nk p main bowling sbb takut mak marah.. ambik hampa, aku siap pakai baju kurung time tu.. cuba banyangkan??? dah naik kreta baru depa habaq kata nk ajak p main bowling.. haish.. mmg nk kena budak2 ni.. sepantas kilat aku berlari ke rumah menukar baju t-shirt.. mak kehairanan.. "x jd keluar ka?" dia tanya.. "jd mak!.. p main bowling kat Jitra sat" jawab aku, takut terus disoal siasat dan terus menerima waran, aku terus berlarian ke kereta.. emak hanya menggelengkan kepala.. pendek kata, berlaku jujurlah dgn ibu bapa ( jgn notti2)


Dua hari lepas aku berpeluang utk bermain bowling lg.. kali ni dgn Supervisor, Dr. Wan dan juga classmate master, juga dibawah supervisor yg sama.. hm.. diorang ni sgt terror.. aku lg la.. terrorist.. (^___^), puteri longkang la katakn.. banyak skill yg Dr. Wan dan kak Zam ajar aku pd mlm tu.. "FOKUS Jannah!!!".. "ya, saya cuba".. last2 masuk longkang jugak.. mmg, apa ja benda yg kita buat, kena FOKUS, bukan stakat main bowling ja.. Islam sentiasa mengajar penganutnya utk fokus, iaitu Khusyuk dalam solat... jadi, aku terkenang kembali.. aku cuba memberikan tumpuan dan fokus dalam game dgn harapan dapat menjatuhkan semua pin yg ada.. tp tetap gagal.. dan kemudian cuba lg.. begitulah juga keadaan kita dalam solat.. harus bersabar dan sentiasa mencuba dan berusaha mendapatkan solat yg khusyuk.. kerana di situlah kunci kejayaan dunia dan akhirat..

Sunday, August 15, 2010

Aku ingin..


Sudah lama tidak menulis..
Menulis juga bukan kemahiranku..
Namun aku harus mencuba..
Walau sepatah kata..
kerana ia dapat memberi makna kepada seorang
Walaupun bukan berjuta..
Aku ingin kembali mencuba..
InshaAllah..

Friday, March 12, 2010

Amanah itu adalah hutang yang perlu dilangsaikan

Memikirkan amanah, ia sememangnya sesuatu yang sangat berat. Berat untuk dijaga dan dilaksanakan, mahu atau tidak, ia mesti dilaksanakan dengan sehabis baik, yang termampu dan sedaya upaya. Jika tidak, ia akan menjadi seperti hutang yang membebankan, bukan sahaja hutang kepada manusia yang mengamanahkan kita, tetapi juga kepada Allah SWT.. Apatah lagi amanah dengan Allah SWT sebagai khalifah dan hamba kepadaNya. Hanya mereka yang beriman dan bertaqwa sahaja mampu melaksanakan dengan baik. Jadi di manakah letaknya kita sekarang? Cukupkah iman kita hari ini? Takutkah kita kepada Allah?

Sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara, amanah perlu dijaga dengan baik. Apa sahaja perkara yang berada dalam lingkungan kita, ia merupakan amanah. Saya masih ingat teguran daripada seorang sahabat sewaktu sekolah dahulu, saya ditegur kerana muka yang penuh dengan jerawat (lawak kn?) Membiarkan wajah dalam keadaan yang teruk tanpa ada usaha untuk merawatnya, hanya membiarkan masa menunggu ia pulih kembali. Kata sahabat saya itu, muka kita adalah amanah yang Allah pinjamkan untuk di jaga, begitu juga dengan anggota lain. Tergelak saya mendengar tegurannya, namun itu hakikat yang perlu kita sedar. Jika asyik memandang ringan perkara-perkara yang kecil, apatah lagi perkara yang besar? Mampukah kita menjaga dan melaksanakan amanah itu dengan baik? dan ingatlah bahawa setiap perkara itu dinilai oleh Allah walaupun sebesar zarah..

Sepanjang menjalani prektikel ini, hati saya pernah terusik dengan gurauan rakan yang juga sedang menjalani prektikel.

"Ala.. kita kn prektikel saja, tak payah la susah2 sangat, buat simple2 ja. Lagipun kita tak di bayar gaji"..

Memikirkan kata-kata tersebut, tidakkah mereka terfikir walaupun tidak di bayar gaji untuk mengajar dan melaksanakan tugasan sebagai seorang guru, tetapi mereka diamanahkan untuk belajar memegang amanah sebagai seorang guru dan pendidik? Dan jika dibayar gaji, itu lebih berat kerana ibu bapa membayar yuran dan mengamanahkan kepada pihak sekolah untuk mengajar anak-anak mereka. Pihak sekolah pula mengatur dan menyusun tugas-tugas kepada sang guru. Jika guru masuk lambat ke kelas dengan sengaja, dapat diibaratkan seperti guru itu mencuri masa dan waktu yang telah di bayar oleh ibu bapa pelajar. Begitu juga dengan pekerjaan lain, lambat masuk ke pejabat, menghabiskan masa yang lama di kafe sewaktu masa bekerja ataupun melaksanakan tugasan peribadi sewaktu di pejabat. Halalkah gaji yang diperolehi itu?

Di sini dapat dilihat amanah itu bukan sahaja secara langsung, tetapi juga tidak langsung. Segala apa yang bersangkutan dalam hidup kita merupakan amanah yang perlu di jaga. Malahan ada juga pepatah arab yang mengatakan bahawa amanah itu lebih banyak daripada masa yang ada. Jika ia tidak disusun dan dilaksanakan dengan baik, ia akan menjadi hutang dan bebanan yang berat kepada manusia.

Dalam surah Al-Hasyr, ayat 21, Allah telah berfirman "Sekiranya kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah...."

Ayat ini menceritakan perumpamaan yang menunjukkan sebuah gunung yang kukuh itu pun akan tunduk dan hancur berderai hanya kerana takut kepada Allah. Takut memikul amanah (Al-Quran) yang di dalamnya terkandung perintah, suruhan dan larangan Allah di muka bumi. Jadi, siapa pula kita ini yang hanya manusia biasa? banyak kelalaian dan kealpaan...
Sama-sama renungkan..

Friday, January 15, 2010

YA MUDARRISAH...

Assalamualaikum ya Mudarrisah..
Setiap waktu diiringi dengan bacaan doa... Alhamdulillah.. (pelajar tidak akan duduk selagi tidak mendapat arahan guru). Itulah budaya pelajar-pelajar AlMashoor (P)

Minggu ini minggu pertama aku masuk ke sekolah.. Minggu pertama juga aku bergelar sebagai guru, (w/p guru pelatih) aku semakin menyukainya... Sibuk dgn urusan pentadbiran dan pengurusan, tp bila time masuk kelas, hilang tension... Baru aku tahu nilai seorang guru, tingginya.. bukan memuji kerjaya sendiri.. tapi ia suatu profession yg sgt berharga nilainya. Terima kasih GURU-GURUku.. tidak lupa juga kpd PENSYARAH2 yg mengajar aku utk menjadi seorang guru...
TERIMA KASIH tidak terhingga kerana kalian berjaya mendidikku yg serba kekurangan ini...


Wednesday, November 11, 2009

Insya Allah-Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

Wednesday, September 30, 2009

Kembara Syawal...

Syawal kali ini disambut dengan sederhana, tetapi sangat bahagia. Terima kasih Ya Allah... kau hadirkan kebahgiaan buat hamba-hambaMu.. Kasih sayangMu yang Kau alirkan dalam diri setiap dari kami ini sangat2 dirasakan... Antara kasih sayang antara ibu, ayah dan abg2, hubungan keluarga besarku yg sgt erat, serta ukhwah dengan sahabat semuanya amat bermakna... Syukur padaMu wahai Tuhan yang Maha Pengasih...
Pagi raya diserikan dengan solat jemaah di masjid baru yang dirasmikan oleh Ust. Harun Din pada 27 Ramadhan lalu. Alhamdulillah.. Syawal kali ini ramai yang berpusu-pusu menuju ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidil Fitri...
Semuanya segak dan ceria...

Mak: Adik x da baju raya. Ayah pun sama... tp ayah nak pakai baju hitam, mak pun nk pakai baju hitam jglah.
Saya: Ok.. set.. kita 3 pakai baju hitam kali ni..

Dah 2 tahun x da baju raya... recycle lg tahun ni.
Abg Amir beraya di Sabah tahun ini, lari bajet nak balik sbb anak dah empat org =)

Raya ke-4 bawa mak n ayah g ziarah family Aminah di Pendang. Tak sangka dia buat hal hari tu... Aminah2... =) mcm mana la boleh tersesat dlm hutan?

Raya ke-5 p Sg. Petani, beraya di rumah I'zzati & seorang lagi sahabat di Penang.. mlmnya bertolak ke Kelantan

Raya ke-6, beraya di Kelantan. Tak sempat lepaskan lelah...

Rindu betul kat sahabat2, dah 4 tahun tak berjumpa.. Semoga Ukwah kita berkekalan.
Terima kasih kepada sahabat2 dan keluarga dengan layanan yang diberikan. Bermacam-macam juadah disediakan.. I'Allah, panjang umur, murah rezeki, kita akan berjumpa lagi... Kepada yang tak dapat bersama, mungkin bukan jodoh kita tahun ini. Semoga Allah menetapkan hati kita untuk terus berada di medan perjuangan..
Ya Allah, jadikanlah kami hamba-hambaMu yang soleh, beriman dan bertaqwa kepadaMu. Kurniakanlah kami kejayaan yang cemerlang & dengan kejayaan itu tunjukkanlah kami jalan untuk berbakti kepada AgamaMu... Ameen.