Friday, April 10, 2009

Papan Tanda

Tanggal 26-31 Disember 2008 yang lalu, ana berkesempatan mengikuti Program Keusahawanan Sosial Antarabangsa di Universitas Syiah Kuala, Nanggroe Aceh Darussalam. Ana dapati banyak perkara-perkara yang menarik yang ada di sana, tetapi tidak ada di Malaysia. Jadi, ana ingin berkongsi bersama sahabat semua… sangat menarik.

Jika di Malaysia, papan tanda hanya berfungsi sebagai tanda arah jalan dan untuk pengiklanan sahaja. Lebih daripada itu, model yang menjadi subjek utama berbanding barang yang hendak dipromosikan. Mungkin disebabkan itu juga lah kadar kemalangan meningkat =)





Dan jika papan-papan tanda seperti ini terdapat di Malaysia, alangkah baiknya… Semoga ia sentiasa menjadi peringatan kepada kita (hamba) yang selalu lalai dan lupa.

Masih ingat tarikh ini? 26 Disember 2004. Bencana Tsunami yang telah mengorbankan ribuan nyawa. Bersempena tarikh tersebut, rakyat Acheh akan mengadakan Majlis Peringatan setiap tahun. Mereka mengadakan perarakan, bacaan Yasin dan doa selamat.


Ini adalah poster daripada HMI (Himpunan Mahasiswa Islam) Universitas Syiah Kuala. Adik beradik PMI la...


Apa yang menarik? TEMAnya: "TERBENTUKNYA KADER SEBAGAI WUJUD DARI REGENERASI ISLAM YANG BERMARTABAT" (Klik pada gambar utk lihat dengan jelas)

Wednesday, April 1, 2009

"Wanita Solehah Lebih Baik daripada Dunia dan Seluruh Isinya"


Wanita

Sebutir permata di perlubukan
Memancar sinaran di kegelapan
Biarpun tersimpan dalam lumpur
Serimu takkan luntur

Terlukis di wajah keriangan
Tergambar sebuah ketenangan
Namun tak siapa yang mengerti
Rahsia dalam hati

Wanita tertawa
Wanita menangis
Wanita tersenyum
Wanita berduka

Biar apa yang menanti
Ku tetap teguh berdiri
Dalam satu perjuangan
Yang tak berkesudahan

Engkau korbankan segalanya
Tak pernah pinta balasnya
Kau titiskan air mata
Namun tersenyum jua

Wanita engkaulah sang lantera
Tanpamu sepilah persada maya
Semoga kau damai sejahtera
Untuk selama-lamanya

Munsyid : Durani
http://liriknasyid.com